Selasa, 27 Oktober 2009

KAYAK MGBM KUALA PERLIS - SATUN 07




TEPAT jam 10.50 pagi waktu tempatan atau 9.50 pagi waktu Thailand, kita bersama 30 peserta Cabaran Kayak Rentas Sempadan dan Integrasi Belia Antarabangsa selamat tiba di Pulau Ban Kok Yau (Pulau Panjang) Wilayah Satun, Thailand.

Program anjuran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila semua peserta tiba 2 jam lebih awal dari masa yang dijangkakan kerana kayuhan yang konsisten disamping bantuan angin barat.

Dengan kejayaan yang dicapai pada 15 Februari lalu itu, semua peserta yang diberi suntikan semangat oleh Presiden MGBM, Datuk Idris Haron membuktikan mereka mampu melaksanakan apa jua program mencabar termasuk berkayak merentas Selat Melaka dan laun Andaman dari Kuala Perlis ke Satun.

Lebih menarik lagi semua exco MGBM turut berkayak bagi membuktikan mereka bukan sahaja merancang dan melaksanakan program tetapi mampu bersama-sama ahli belia mengharungi cabaran berkayak di lautan yang kedalamanya mencecah hamper 10 meter.

Kita selaku Ketua Penerangan MGBM bersama-sama Timbalan Presiden MGBM, Abd Razak Abu, Setiausaha Agong MGBM, Mohd Nizam Omar dan Naib Presiden MGBM, Mahaniza Mahat walaupun pertama kali berkayak, tidak menghadapi masalah untuk menyahut cabaran itu.

Kayuhan bermula pada pukul 7.50 pagi dari Jeti Maritim Kuala Perlis dan sepanjang perjalanan peserta kayak diiringi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Pasukan Keselamatan Thailand.

Pasukan kayak yang diketuai Yuhanis Mohd Yunus itu dapat berkayak dengan baik dan tenang sepanjang perjalanan dan ini diakui sendiri oleh anggota pengiring yang terbabit dalam program berkenaan.

Baru 45 minit berkayuh peserta telah selamat tiba di Pulau Brasmana (sempadan antara Malaysia – Thailand) untuk berhenti rehat dan bertukar peserta kayak sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Ban Kok Yau.

Berbekalkan semangat Malaysia Boleh, Melaka Boleh dan MGMB Gemilang peserta meneruskan perjalanan dan akhirnya tiba di destinasi tanpa menghadapi apa-apa masalah sebelum solat Jumaat.

Cabaran getir yang terpaksa dilalui peserta sepanjang perjalanan termasuklah berhadapan dengan pelbagai jenis kapal, feri serta bot nelayan yang menggunakan laluan tersebut.

Setiap kali berselisih peserta kayak terpaksa berhenti dan kemudiannya perlu bijak mengendalikan kayak masing-masing untuk melawan ombak akibat laluan feri atau kapal besar, namun segalanya berjalan lancer dan kejayaan menawan Selat Melaka dan laut Andaman berkayak menjadi milik mereka.

Timbalan Presiden MGBM, Abd Razak Abu berkata, ini adalah pengalaman yang paling berharga buat dirinya serta semua peserta kerana pelbagai pengalaman dapat ditimba sepanjang program itu.

Katanya, selain berkayak peserta juga dapat melihat sendiri bagaimana perit jerih penduduk Pulau Bak Kok Yau menjalani kehidupan seharian dengan serba kekurangan termasuk tiada bekalan air dan elektrik yang sempurna.

Menurutnya, peserta berpeluang mandi menggunakan telaga, malah mereka dapat melihat sendiri penduduk menggunakan bekalan elektrik menggunakan tenaga solar selain mendiami rumah penduduk yang hanya dibina menggunakan kayu di atas air.

“Melalui program ini peserta berpeluang menilai sejauh mana hebatnya negara kita, jika kita menganggap ada rakyat Malaysia yang hidup susah tetapi umat Islam di Pulau Ban Kok Yau lali dengan kehidupan yang yang jauh ketinggalan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nizam berkata, program itu berjaya mencapai matlamatnya dan semua peserta dapat menimba pelbagai pengalaman yang berguna.

Katanya, hari pertama peserta menggunakan kenderaan awam keretapi dari KL Sentral ke Arau, kemudianya berkayak dan sebahagiannya pula menaiki tongkang ke Pulau Ban Kok Yau manakala pada hari ketiga mereka merasai pula menaiki bot pancong.

Ujarnya, pengalaman menaiki tiga jenis kenderaan, bermalam bersama keluarga angkat, melihat budaya masyarakat Melayu dan Islam di Satun, bersukan dan makan makanan Melayu Satun menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

“Ini semua menjadi pengalaman yang manis buat peserta apatah lagi apabila peserta berpeluang pula bertemu dengan Timbalan Gabenro Wilayah Satun, Chusak Maneechayongkoon atau Haji Kassim,” katanya.

Mohd Nizam berkata program itu akan diteruskan lagi pada masa depan dan hubungan silaturahim dengan penduduk Pulau Bak Kok Yau serta Satun akan dieratkan melalui Biro Belia secretariat Dunia Melayu Dunia Islam (SDMDI) pula.

CABARAN KAYAK RENTAS SEMPADAN PD-RUPAT




Program Cabaran Kayak Rentas Sempadan membabitkan perjalanan kayuhan kayak dari Pantai Port Dickson ke Pulau Rupat berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober 2009.

Sebagai Penyelaras yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk melaksanakan program ini, tugasan yang dilakukan lebih kepada menyusun dan menyelaras kerja-kerja di Dumai Indonesia.

Kerja-kerja yang diberi tumpuan adalah pembabitkan Pemerintah Kota Dumai dengan kerjasama Majlis Melayu Bangun Negeri Kota Dumai untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Tugasan yang dibuat termasuklah. keselamatan, menyusun program di Dumai, urusan dengan pemerintah Kota Dumai untuk kebenaran masuk peserta selain berhubung dengan Konsul Malaysia di Pekan Baru.

Idea asal dan kertas kerja juga menjadi tanggungjawab kita menyediakannya...

Berdasarkan kepada pengalaman menyelaras program Cabaran kayak Merdeka 2003 Melaka-Dumai segala kerja dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasaman Ketua Pengarah MMBN Dumai Bapak Timo Kipda.

Akhirnya program dapat dilaksanakan seperti yang dirancang

17 Okt 2009:
09:00 - 6 AJK Penyelaras terdiri daripada Ahli Persatuan Radio Amatur dan Komunikasi Melaka (Perakam) ke Dumai untuk persediaan awal.

18 Okt 2009:
06:30 - peserta memulakan kayuhan kayak dari PD
15:10 - peserta tiba di Perairan antarabangsa
19:15 - peserta tiba di Pelabuhan Dumai dengan feri Indomal selepas dipindahkan kira-kira 20 batu nautika di Perairan antarabangsa.
20:00 - Acara sambutan selamat datang

* Peserta hanya dibenar berkayak sehingga Perairan antarabangsa, antara yang dilihat mengiring perjalanan peserta adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

* Di pihak Dumai pula, peserta diiring oleh Jabatan Kastam, Jabatan Perikanan, Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut, Polisi serta Pemerintah Kota Dumai.

* 2003 tiga peserta dibenar berkayak hingga ke Dumai dengan mengambil masa 21 jam berkayuh dari pantai Tanjung Kling tetapi kali ini, peserta dibenar hanya setakat perairan antarabangsa, kenapa? ada ceritanya... biarlah disimpan

* Biarpun agak "down" dengan sikap orang besar yang macam tak kenal budi, tak mengimbau siapa punya idea program kayak 18 - 20 Okt 2009 dan langsung tak berterima kasih terhadap "paper" yang dibentangkan, kita teruskan juga demi menjaga hubungan baik antara Melaka dengan Bapak Timo Kipda.

19 Okt 2009:
09:00 - Program di Kg Teluk Makmur

* Kemesraan peserta dengan penduduk kampung Telok Makmur dan Dumai tidak mesra alam. masing-masing seperti bangga sangat berkayak dari PD ke perairan antarabangsa (macam dah jauh sangat berkayak).

* Ingat 2003 MGBM buat rekod MBR berkayak Melaka-Dumai
* Anggota TLDM kemudiannya mencatat rekod dalam MBR berkayak dari Mersing ke Kuching.
* Bukan apa... sebenarnya tiada masalah dengan peserta cuma rasa kecewa dan terkilan dengan orang besar yang kita masih ingat "word" nya.... (den telefon menteri, ko tak nak bagi ko jawab lah ni program .....) hehe, mcm lah besar sangat jawatan tu.

20 Okt 2009:
06:00 - berkumpul di lobi untuk pulang ke PD dengan feri akob
hehe... bas pulak tiada pukul 7.30 baru bergerak ke pelabuhan guna van dan pelbagai pengangkutan awam, Pak Timo juga yang bersusah payah menguruskannya...
13:00 - dengan cerita semua sampai PD dan terus ke Sungai Timun

Apa yang dibanggakan, biarpun hanya 6 ajk yang dibawa untuk membantu soal keselamatan dan komunikasi, alhamdulillah mereka semua dapat melaksanakan tugas dengan baik, Tq Aimil, Syahrul, Chain, Bobo, Oma...

Program ini program orang, tapi idea yang dicilok dan paper yang kita sedia serta bentangkan kita sangat bangga dapat membantu.... tak pe lah orang besar tu tak ingat atau buat-buat tak ingat.

Ini sebagai pengajaran pada masa depan supaya kita lebih berhati-hati berurusan dengan orang besar yang cakap debaa debooo tapi hampehhhh....