Selasa, 8 Disember 2009

KG SIALANG - Promo

ASAL USUL KG SIALANG


-POKOK meranti yang dipercayai menjadi sarang lebah sialang-


ANGGAPAN orang ramai nama kampung Sialang berasal daripada peristiwa "Sial burung Helang" sebenarnya tidak tepat dan tidak benar sama sekali.

Melalui paparan dalam rancangan Galeri Nasional pada hari Jumaat 11 Disember di TV1 ternyata fakta sebenar asal usul Kampung Sialang berasal daripada cerita Lebah "Sialang" bersarang dengan begitu banyak di pokok meranti.

Cerita asal usul ini disahkan sendiri oleh bekas Ketua Kampung Sialang, Encik Hassan Ali yang juga penduduk asal dan anak jati Kampung Sialang.

Kampung Sialang kira-kira 5 kilometer dari bandar Tangkak di dalam daerah Ledang bersempadan dengan Kampung Chohong, Negeri Melaka.


-LOKASI di mana berpuncanya kampung Sialang mendapat nama-


-ENCIK ROSILY A HAMID... Guru Besar SK Sialang-


Menurut En Hassan yang pernah menjadi ketua kampung sejak 1945 hingga 1998, Kampung Sialang dipercayai dibuka oleh datuk Bentara Luar. Pada masa itu ada sepohon pokok meranti berhampiran sebatang sungai di kampung terbabit.

Lebah-lebah itu bersarang dengan banyak di pokok tersebut dan lebah berkenaan adalh jenis lebah sialang. Oleh kerana pada ketika itu kampung berkenaan masih belum mempunyai nama maka datuk Bendara Luar menamakannya sebagai kampung Sialang.


-ENCIK HASSAN ALI... bekas ketua kg Sialang-


Terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sialang En Rosily yang telah menemukan krew Galeri Nasional (Idzham Hadi Sidik) dengan bekas Ketua Kampung ini.


-AIMIL 9w2aur ... membantu penggambaran segmen asal usul Kg Sialang-



-IDZHAM HADI SIDIK... Penerbit Rancangan Galeri Nsional TV1-


Sejak daripada peristiwa itu, nama kampung Sialang terus menjadi sebutan dan kekal sehingga kini.

Cerita yang mengaitkan kisah burung helang dengan kampung tersebut hanya cerita dari mulut ke mulut. Sebenarnya kisah itu berlaku selepas kampung Sialang mendapat namanya.

Kisahnya dipercayai berlaku apabila, pada musim padi ada ayam memakan padi di sawah dan burung helang mengambil kesempatan menyambar ayam-ayam yang mencari makan di kawasan sawah padi itu.

Suatu ketika dulu, di kampung ini terdapat sebuah rumah yang mempunyai replika burung helang pada bumbung rumah tersebut. Rumah ini dipanggil rumah helang dan ini juga tiada kena mengena dengan asal usul kampung Sialang.

Menurut En Hassan, rumah helang itu dibina oleh pemiliknya berikutan dia sering berulang alik ke Siak dan mengambil senibina istana Kerajaan Siak yang mempunyai replika helang pada bumbungnya.

Sememangnya istana Siak di Indonesia mempunyai replika helang pada bumubng dan ini sudah dilihat semasa saya ke Siak mengikut program Jelajah Empayar Melaka pada tahun 2007 yang lalu.

Peristiwa ini sekali lagi ditegaskan bukan asal usul kampung Sialang.

salam 9w2eez - idzham

Rabu, 2 Disember 2009

MELAYU BAN KOH YAU

TERUJA mendengar orang Melayu di Pulau Ban Koh Yau, Satun Thailang bertutur, tetapi perlu penumpuan kerana loghat Kedah yang digunakan amat pekat sekali. Bagi kita yang berasal dari Selatan ni memang terpaksa fokus pada setiap bait-bait percakapannya.

Bertemu lebih 1,000 penduduk Melayu Pulau Ban Koh Yau yang juga dikenali sebagai Pulau Panjang memang menyeronokkan, budi bahasa, sopan santun adat resan tidak ubah seperti orang Melayu Malaysia.


Pulau Brasmana

Opsss... sebelum itu, Pulau Ban Koh Yau atau Pulau Panjang ini terletak kira-kira 10 batu nautika dari Kuala Perlis sebelum tiba di pulau itu perlu melalui Pulau Brasmana yang dulunya dikatakan di wilayah Perlis tetapi kini ditadbir oleh kerajaan Thailand.

Sebelum cerita Melayu Ban Koh Yau ini kita teruskan, Pulau Brasmana yang jelas kelihatan dari Kuala Perlis dan Pulau Panjang ini tidak berpenghuni tetapi ada kegiatan menternak burung walet dilakukan.





K, sambung cerita Melayu Ban Koh Yau...
Kunjungan ke pulauini sebenarnya diperkenalkan oleh rakan se aktiviti di Kangar Perlis, allahyarham Azmin.

Pertama kali menjejakkan kali ke pulau ini soalan pertama yang diucapkan bagaimana mereka menjalani kehidupan di lokasi yang serba kekurangan itu. Namun sebaliknya Pulau Panjang mempunyai bekalan elektrik dengan sistem solar.




Cuma bekalan air sahaja yang tiada dan mereka terpaksa mendapatkan air hujan serta perigi untuk kegunaan harian.

Masyarakat Melayu di sini menjalani kehidupan dengan kegiatan ekonomi berkisar pada nelayan dan menoreh getah. ada juga anak muda yang bekerja di Kuala Perlis, Langkawi dan Kuala Kedah selain di bandar Satun Thailand.

Rumah mereka dibina di tebing pantai dan kebanyakkannya di atas air. Pengalaman tidur di rumah penduduk Ban Koh Yau memang menakutkan, sebelum tidur air laut surut tetapi bila tengah malam air naik dan hampir mencecah lantai rumah.

Sejuk bukan kepalang tapi memang menyeronokkan. Tambahan pula penduduknya yang ramah tamah dan sering bersedia serta gembira menyambut tetamu dari luar. Peringatan!!! bagi mereka yang tidak boleh hidup tanpa bekalan air dan elektrik tidak digalakkan ke pulau ini. Pulau ini sesuai untuk mereka yang mahukan cabaran hidup sahaja.



Inilah kesusahan yang dialami dan dilihat sendiri dan syukur pada yang esa kerana Malaysia semakin aman dan pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah.

Makanan pula, masakannya lebih kurang dengan Melayu kita, pedas dan menyelerakan. Kita berkongsi dengan rakan2 membeli ikan ketam udang untuk makan malam.

Alangkah berseleranya bila dapat makan lauk yang dimasak oleh keluarga angkat kami di Pulau itu.

Suatu hari nanti pasti kita akan kembali ke Pulau Ban Kok Yau.

salam.... 9w2eez idzham

LIPUTAN JELAJAH KESAN EMPAYAR MELAKA

KISAH LIPUTAN KESAN EMPAYAR MELAKA



PELUANG menyertai misi jelajah kesan2 tanah jajahan empayar Melaka bersama Belia 4B Melaka cukup bermakna.

Apapun catatan ini lambat di update kerana kesuntukan masa. Ini pun teruja untuk mencatat selepas semua foto-foto yang diambil semasa program ditemui semula dalam pc 9m2aur.

Bersama krew ketika itu Badrul dan Kuchai turut membantu Aimil, Herlina sebagai wartawan berita radio turut serta manakala jurukamera Pusat Sumber Melaka, Faisal juga bersama-sama dalam rombongan.




Bermula pada 17 dan berakhir 22 Ogos 2008, banyak bahan yang diperolehi. Dari Melaka menaiki feri Indomal Ekspress menuju ke Dumai. Sebaik sahaja tiba di Dumai, rombong seramai 20 orang di kalangan ahli Belia 4B terus berangkat ke Bukit Batu di dalam tanah jajahan Bengkalis.

Di Bukit Batu liputan berkaitan Laksamana Raja di Laut dan semua krew bermalam di bekas rumah Laksamana Raja Di Laut.



Perjalanan ke Bukit Batu bukanlah melalui jalan berturap seperti di Malaysia tetapi terpaksa meredah jalan dengan batu butih dan ada kalanya melalui jalan tanah merah.

Salah satu kenderaan yang dinaiki mengalami kebocoran tayar selepas kira-kira bergerak sejauh 120 kilometer dari Dumai. Apapun semuanya dapat ditangani melalui kerjasama semua ahli rombongan

Di Bukit Batu kami turut mendengar penjelasan daripada salah seorang pemimpin di sana mengenai Laksamana Raja Di Laut (cerita lanjut dalam tajuk Bukit Batu suatu ketika dulu)

Pada hari ke dua, liputan berterusan dan kali ini kami ke Siak pula, Siak salah satu kerajaan yang cukup terkenal dan ia juga adalah salah satu bekas tanah jajahan kerajaan Melayu Melaka di zaman kegemilangannya. (Cerita lanjut dalam artikel Kerajaan Siak)



Salah satu kebangaan masyarakat Siak sekarag adalah jambatan yang merentasi Sungai Siak, jambatan ini lebih kurang jambatan yang merentasi Sugai Muar. ia menjadi lokasi rekreasi masyarakat di sana.

Selepas Siak liputan diteruskan ke Pelalawan dam seterusnya ke Kampung Pekan Toa, di sinilah ditemui makam Sultan Melaka terakhir iaitu makam Sultan Mahmud. (cerita lanjut dalam artikel Makam Sultan Mahmud)



Untuk sampai ke Pelalawan dan kampung Pekan Toa terpaksa melalui jalan yang berlumpur. Ini kali kedua kita sampai di sini. Kali pertama semasa menyertai rombongan kerajaan negeri dalam program "Bergito".

Kenderaan yang dinaiki tersangkut dan terpaksa menolak beberapa kali untuk bergerak. Bergerak ke Pekan Toa pula menaiki bot yang mengambil masa lebih 1 jam untuk sampai ke lokasi makan sultan mahmud





Dari Pekan Toa selepas bermalam di situ, krew terus mengikuti rombongan ke Pekan Baru, di pekan baru sempat singgah di pejabat konsut msia di Pekan Baru.

Liputan juga di buat di sekitar kawasan bersejarah di Pekan Baru dan kemudiannya bertolak ke Dumai sebelum berangkat pulang ke Melaka selepas seminggu menjelajah bekas tanah jajahan Melaka di Riau.



Sebelum berangkat sempat juga bertemu dalam kunjungan hormat bersama Walikota Dumai. Pertemua juga turut dibuat dengan beberapa pengamal media di Dumai



Jangan lupa terus bersama blog 9w2eez untuk mengetahui lebih lanjut sejarah dan catatan Bekas Empayar Melaka.






-salam- 9w2eez idzham

Isnin, 30 November 2009

BONGEK

ASAL USUL KAMPUNG BONGEK.
(Dokumentari asal usul Kampung Bongek sudah tersiar di rancangan Galeri Nasional TV1 pada 4 Disember 2009, jam 9.30 malam)(Dokumentari ini diterbitkan oleh Idzham Hadi Sidik, Galeri Nasional)

Kampung Bongek kira-kira 6km dari Bandar Rembau,Negeri Sembilan menjadi popular kerana namanya yang unik dan pelik.

Wujudnya nama kampung ini dipercayai pada awal tahun 1773 ketika kedatangan Raja Melewar dari Pagar Ruyong yang dijemput oleh Undang yang empat untuk menjadi raja di Negeri Sembilan.

Menurut cerita Haji Basri Hasan seorang pesara guru yang juga anak jati kampung Bongek, asal usul Kampung Bongek ini diperolehi hasil gabungan 2 perkataan iaitu "Boncah" dan "Jangek"

Menurut Haji Basri, Boncah ialah paya manakala jangek itu pula ialah sejenis makanan yang dihasilkan daripada kulit lembu.

Bagaimana Boncah dan Jangek disatukan dan menjadi sebutan Bongek?

Mengikut cerita Haji Hassan, semasa kedatangan Raja Melewar, pengikutnya membuat penempatan di kampung tersebut yang berhampiran dengan Astana Raja dan Kampung Penajis di mana Raja Melewar mula ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.

Di kampung tersebut terdapat Boncah atau paya yang mempunyai air panas dan disebut "air angek". Orang Minangkabau yang berhijrah itu sangat popular dengan makanan yang diperbuat daripada kulit lembu.

Makanan yang dibuat dari kulit lembu itu dibasuh menggunakan "air angek" pada boncah dan disebut pula sebagai "Jangek".

Setiap kali penduduk mahu membuat makanan tersebut mereka perlu ke Boncah, dan sebutan boncah dan jangek digunakan "Nak ke boncah mencuci jangek".

Oleh kerana perkataan Boncah dan Janget sering digunakan. maka lama-kelamaan sebutan itu dipendekkan kepada Bo-ngek nama oleh kerana tempat itu belum mempunyai nama maka penduduk menamakannya sebagai Bongek.

Kini kesan air panas pada boncah di kampung Jangek masih kekal. anda boleh ke sana untuk melihat sendiri kesan asal usul kampung Bongek.














Nak ke lokasi bagaimana Bongek mendapat nama sungguh mencabar kena lalu jalan tanah merah dan berlumpur.




-salam- 9w2eez idzham

PASAR SENGGOL



MENJEJAKKAN kaki buat pertama kami di Kota Dumai, Riau Indonesia pada tahun 1998 memang terasa berada di luar negara.

Tetapi bila sudah hampir 11 tahun berulang alik ke Dumai untuk membawa rombongan atau melaksanakan program, Dumai sudah seperti tempat sendiri.

Masyarakatnya juga amat mesra dan menghormati tetamu serta rakan-rakan. Kini jika hendak ke Dumai tidak perlu risau lagi kerana ramai saudara seIslam yang mahu menjemput bila kita tiba di Pelabuhan Dumai.





Biarpun hanya berkenalan sebagai rakan-rakan program amjuran MGBM dan DMDI tetapi mereka amat senang menjalin silaturahim hingga kini.

Dumai memang tidak segebat Jakarta, Bandung, Bali mahupun Medan tetapi keramahan masyarakatnya menjadikan kita tidak terputus hubungan dengan mereka.

Satu lokasi yang tidak boleh tidak dan perlu dikunjungi di Dumai ialah Pasar Senggol. Setiap rombongan yang kita bawa pastinya Pasar Senggol akan menjadi tumpuan.



Di sini bukan apa cuma ada jual pelbagai jenis barangan. Kalau di Malaysia ini ia adalah seperti Kampung Jawa di Melaka. Peniaganya di Pasar Senggol ramai orang Minang.

Tak perlu risau dengan harga kerana ia murah dan berkualiti, tetapi perlu ingat pencopet banyak di Pasar Senggol.

Dulu kalau ke Dumai kita tidak suka untuk mengambil foto tetapi kini Dumai berbeza bandarnya semakin bersih dan cerita 'orang tarik2 beg di Pelabuhan:" juga sudah tiada.

-salam- 9w2eez idzham

KAYUHAN DUMAI



BERBASIKAL DI KOTA MINYAK, DUMAI, INDONESIA

SERONOK bukan kepalang, bila hajat untuk berkayuh menggunakan basikal di seberang Selat Melaka menjadi kenyataan.

Program yang hanya dirancang sebulan sebelumnya berjaya dilaksanakan serentak dengan program Silaturahim Melaka - Dumai 20 hingga 22 November lalu.

Bermula dari Bemban, empat basikal diangkut menggunakan kereta Cain dan Manja. Sampai di Pelabuhan Melaka semua basikal dimasukkan ke dalam Feri Indomal Ekspress. Terima kasih kepada Mr Lim MD Indomal Ekspress yang membenarkan basikal ini dibawa dengan tanpa kos ke Dumai.

Terima kasih juga kepada pihak Kastam Pelabuhan Melaka dan Imigresen Pelabuhan Melaka (Tuan Hj Yusof) yang memberi kerjasama bagi membolehkan basikal2 dibawa dengan lancar ke atas feri.




Tiba di Pelabuhan Dumai, Cain (9w2hhh), Syahrol (9w2eee), Aimil (9m2aur) dan Manja (swl) terus berkayuh ke restoran Pak Datuk untuk makan tengahari, saya je yang naik kereta Pak Timo.

Petangnya pula, saya dan tiga lagi rakan-rakan Persatuan Radio Amatur dan Komunikasi Melaka (Perakam) berkayuh ke Jalan Tenaga (Posko) MMBN untuk melawat dan bertemu rakan-rakan.

Kayuhan seterusnya kami menuju ke Jalan Ombak dan terus ke Kampung Purnama kira-kra 25 kilometer pergi dan balik dari Kota Dumai.

Memang seronok berkayuh di Kota Dumai, biarpun sibuk dengan kesesakkan lalulintas tetapi setiap mata warga Dumai tidak melepaskan peluang melihat kami berkayuh.







Satu pengalaman yang sukar dilupakan, kami berkayuh pada waktu malam bersama kumpulan beca mengelilinggi Kota Dumai dengan diiringi anggota polis trafik Dumai.

Terasa macam VVIP sangat, tak penat langsung malah seronok berkayuh biarpun ketika itu hujan turun rintik-rintik.

Masa balik dan berangkat ke Melaka tiba juga, semua basikal dimasukkan ke dalam feri ditingkat atas.

Kali ini nasib tidak menyebelahi kami kerana semua basikal terkena percikan air laut akibat ombak besar.

Sebaik sahaja tiba di pelabuhan seperti biasa basikal dinaikkan ke atas kereta jenis Honda Civic. Nak dijadikan cerita sebelum tiba di rumah... dalam perjalanan setibanya di Bukit Katil ikatan basikal pada carrier tercabut...

Apa lagi basikal Aimil tercampak ke belakang tetapi mujur tidak terkena kereta yang mengekori.

Apapun kemalangan kecil ini akan menjagi pengajaran dan pengalaman berguna pada masa akan datang.

SILATURAHIM MELAKA - DUMAI

PALING bermakna tarikh 20 November hingga 22 November tercetus program Silaturahim Melaka - Dumai,
Atas kertas program ini dilaksanakan oleh Biro Penerangan Majlis Ga
bungan Belia Melaka (MGBM) di mana 9w2eez sebagai Ketua Penerangannya.

Apapun program ini hampir 90 peratus disertai otai-otai di kalangan Pendengar Radio Malaysia MELAKAfm (pendengar2 setia DJ ezam & rakan2).

Lima orang peserta yang turut bertindak sebagai ajk kerja pula adalah di kalangan ahli Persatuan Radio Amatur dan Komunikasi Melaka (Perakam). Mereka yang terbabit ialah Aimil (9m2aur), Cain (9w2hhh), Shahrol (9w2eee), swl Norasman Md Jelas dan saya sendiri 9w2eez.


Kali ini program lebih santai, terima kasih kepada Majlis Melayu Bangun Negeri (MMBN) yang diketuai oleh Bapak Timo Kipda, sambutan di Pelabuhan Umum Dumai cukup meriah, tiada tekanan dan semua peserta ceria.

Sepanjang perjalanan, cuaca baik dan feri bergerak lancar tanpa sebarang masalah di tengah-tengah Selat Melaka. Sebaik sahaja tiba di Dumai semua peserta terus dibawa ke Restoran Pak Datuk untuk menikmati jamuan tengahari nasi padang.

Hari pertama tidak padat dengan aktiviti, semua peserta diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri, biasalah ramai peserta 0tai-otai dan di kalangan kaum hawa semua ke pasar senggol untuk membeli belah. (Jadual di lampirkan).

Hari kedua pada sebelah malamnya, artis komedi yang di bawa mengadakan persembahan di Jalan Tenaga, Kota Dumai.

Tak sangka Ali Mamak mempunyai peminat yang cukup ramai di Kota Dumai, penonton tidak kering gusi mendengar celotehnya bersama DJ amy.

Pada siangnya peserta sempat dibawa melawat ke stesen radio di Dumai. Terkejut juga kerana di Dumai ada stesen radio MALAKAfm namanya sama dengan stesen radio MELAKAfm di Melaka.

Hari terakhir pada 22 November tiba akhirnya, Lebih 20 ahli MMBN yang diketuai bapak Timo Kipda menghantar peserta ke Pelabuhan Umum Dumai.

Sepatutnya feri kami bergerak pada pukul 12 tengahari (WIB) tetapi disebabkan cuaca kami terpaksa berlepas dari Dumai kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum memulakan perjalanan tiada pun berita mengenai feri Dumai Ekspress dari Batam ke Dumai karam di perairan Tanjung Balai Karimun di maklumkan kepada kami.

Sebaik sahaja tiba di Melaka kira-kira pukul 4.30 petang barulah saya terima sms daripada Pak Timo yangmengatakan ada feri karam. Berderau darah.

Memang sepanjang perjalanan dari Dumai menuju ke Pelabuhan Melaka ombak besar tak pernah dirasai sebelum ini, penumpang di dalam feri semuanya cemas tetapi mujur kepten feri yang berpengalaman berjaya mengendalikan feri yang kami naiki selamat tiba di Melaka walaupun terpaksa berdepan ombar besar Selat Melaka.

Apapun peserta tidak serik dan Mac 2010 ini mereka merancang pula untuk bertandang ke Bukit Tinggi, Padang.

salam. - 9w2eez idzham