Isnin, 30 November 2009

SILATURAHIM MELAKA - DUMAI

PALING bermakna tarikh 20 November hingga 22 November tercetus program Silaturahim Melaka - Dumai,
Atas kertas program ini dilaksanakan oleh Biro Penerangan Majlis Ga
bungan Belia Melaka (MGBM) di mana 9w2eez sebagai Ketua Penerangannya.

Apapun program ini hampir 90 peratus disertai otai-otai di kalangan Pendengar Radio Malaysia MELAKAfm (pendengar2 setia DJ ezam & rakan2).

Lima orang peserta yang turut bertindak sebagai ajk kerja pula adalah di kalangan ahli Persatuan Radio Amatur dan Komunikasi Melaka (Perakam). Mereka yang terbabit ialah Aimil (9m2aur), Cain (9w2hhh), Shahrol (9w2eee), swl Norasman Md Jelas dan saya sendiri 9w2eez.


Kali ini program lebih santai, terima kasih kepada Majlis Melayu Bangun Negeri (MMBN) yang diketuai oleh Bapak Timo Kipda, sambutan di Pelabuhan Umum Dumai cukup meriah, tiada tekanan dan semua peserta ceria.

Sepanjang perjalanan, cuaca baik dan feri bergerak lancar tanpa sebarang masalah di tengah-tengah Selat Melaka. Sebaik sahaja tiba di Dumai semua peserta terus dibawa ke Restoran Pak Datuk untuk menikmati jamuan tengahari nasi padang.

Hari pertama tidak padat dengan aktiviti, semua peserta diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri, biasalah ramai peserta 0tai-otai dan di kalangan kaum hawa semua ke pasar senggol untuk membeli belah. (Jadual di lampirkan).

Hari kedua pada sebelah malamnya, artis komedi yang di bawa mengadakan persembahan di Jalan Tenaga, Kota Dumai.

Tak sangka Ali Mamak mempunyai peminat yang cukup ramai di Kota Dumai, penonton tidak kering gusi mendengar celotehnya bersama DJ amy.

Pada siangnya peserta sempat dibawa melawat ke stesen radio di Dumai. Terkejut juga kerana di Dumai ada stesen radio MALAKAfm namanya sama dengan stesen radio MELAKAfm di Melaka.

Hari terakhir pada 22 November tiba akhirnya, Lebih 20 ahli MMBN yang diketuai bapak Timo Kipda menghantar peserta ke Pelabuhan Umum Dumai.

Sepatutnya feri kami bergerak pada pukul 12 tengahari (WIB) tetapi disebabkan cuaca kami terpaksa berlepas dari Dumai kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum memulakan perjalanan tiada pun berita mengenai feri Dumai Ekspress dari Batam ke Dumai karam di perairan Tanjung Balai Karimun di maklumkan kepada kami.

Sebaik sahaja tiba di Melaka kira-kira pukul 4.30 petang barulah saya terima sms daripada Pak Timo yangmengatakan ada feri karam. Berderau darah.

Memang sepanjang perjalanan dari Dumai menuju ke Pelabuhan Melaka ombak besar tak pernah dirasai sebelum ini, penumpang di dalam feri semuanya cemas tetapi mujur kepten feri yang berpengalaman berjaya mengendalikan feri yang kami naiki selamat tiba di Melaka walaupun terpaksa berdepan ombar besar Selat Melaka.

Apapun peserta tidak serik dan Mac 2010 ini mereka merancang pula untuk bertandang ke Bukit Tinggi, Padang.

salam. - 9w2eez idzham






1 ulasan:

  1. padat dan menarik..
    kalau boleh muatkan cerita tentang panorama pulau2 di m'sia

    BalasPadam