Isnin, 30 November 2009

KAYUHAN DUMAI



BERBASIKAL DI KOTA MINYAK, DUMAI, INDONESIA

SERONOK bukan kepalang, bila hajat untuk berkayuh menggunakan basikal di seberang Selat Melaka menjadi kenyataan.

Program yang hanya dirancang sebulan sebelumnya berjaya dilaksanakan serentak dengan program Silaturahim Melaka - Dumai 20 hingga 22 November lalu.

Bermula dari Bemban, empat basikal diangkut menggunakan kereta Cain dan Manja. Sampai di Pelabuhan Melaka semua basikal dimasukkan ke dalam Feri Indomal Ekspress. Terima kasih kepada Mr Lim MD Indomal Ekspress yang membenarkan basikal ini dibawa dengan tanpa kos ke Dumai.

Terima kasih juga kepada pihak Kastam Pelabuhan Melaka dan Imigresen Pelabuhan Melaka (Tuan Hj Yusof) yang memberi kerjasama bagi membolehkan basikal2 dibawa dengan lancar ke atas feri.




Tiba di Pelabuhan Dumai, Cain (9w2hhh), Syahrol (9w2eee), Aimil (9m2aur) dan Manja (swl) terus berkayuh ke restoran Pak Datuk untuk makan tengahari, saya je yang naik kereta Pak Timo.

Petangnya pula, saya dan tiga lagi rakan-rakan Persatuan Radio Amatur dan Komunikasi Melaka (Perakam) berkayuh ke Jalan Tenaga (Posko) MMBN untuk melawat dan bertemu rakan-rakan.

Kayuhan seterusnya kami menuju ke Jalan Ombak dan terus ke Kampung Purnama kira-kra 25 kilometer pergi dan balik dari Kota Dumai.

Memang seronok berkayuh di Kota Dumai, biarpun sibuk dengan kesesakkan lalulintas tetapi setiap mata warga Dumai tidak melepaskan peluang melihat kami berkayuh.







Satu pengalaman yang sukar dilupakan, kami berkayuh pada waktu malam bersama kumpulan beca mengelilinggi Kota Dumai dengan diiringi anggota polis trafik Dumai.

Terasa macam VVIP sangat, tak penat langsung malah seronok berkayuh biarpun ketika itu hujan turun rintik-rintik.

Masa balik dan berangkat ke Melaka tiba juga, semua basikal dimasukkan ke dalam feri ditingkat atas.

Kali ini nasib tidak menyebelahi kami kerana semua basikal terkena percikan air laut akibat ombak besar.

Sebaik sahaja tiba di pelabuhan seperti biasa basikal dinaikkan ke atas kereta jenis Honda Civic. Nak dijadikan cerita sebelum tiba di rumah... dalam perjalanan setibanya di Bukit Katil ikatan basikal pada carrier tercabut...

Apa lagi basikal Aimil tercampak ke belakang tetapi mujur tidak terkena kereta yang mengekori.

Apapun kemalangan kecil ini akan menjagi pengajaran dan pengalaman berguna pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan