Isnin, 30 November 2009

PASAR SENGGOL



MENJEJAKKAN kaki buat pertama kami di Kota Dumai, Riau Indonesia pada tahun 1998 memang terasa berada di luar negara.

Tetapi bila sudah hampir 11 tahun berulang alik ke Dumai untuk membawa rombongan atau melaksanakan program, Dumai sudah seperti tempat sendiri.

Masyarakatnya juga amat mesra dan menghormati tetamu serta rakan-rakan. Kini jika hendak ke Dumai tidak perlu risau lagi kerana ramai saudara seIslam yang mahu menjemput bila kita tiba di Pelabuhan Dumai.





Biarpun hanya berkenalan sebagai rakan-rakan program amjuran MGBM dan DMDI tetapi mereka amat senang menjalin silaturahim hingga kini.

Dumai memang tidak segebat Jakarta, Bandung, Bali mahupun Medan tetapi keramahan masyarakatnya menjadikan kita tidak terputus hubungan dengan mereka.

Satu lokasi yang tidak boleh tidak dan perlu dikunjungi di Dumai ialah Pasar Senggol. Setiap rombongan yang kita bawa pastinya Pasar Senggol akan menjadi tumpuan.



Di sini bukan apa cuma ada jual pelbagai jenis barangan. Kalau di Malaysia ini ia adalah seperti Kampung Jawa di Melaka. Peniaganya di Pasar Senggol ramai orang Minang.

Tak perlu risau dengan harga kerana ia murah dan berkualiti, tetapi perlu ingat pencopet banyak di Pasar Senggol.

Dulu kalau ke Dumai kita tidak suka untuk mengambil foto tetapi kini Dumai berbeza bandarnya semakin bersih dan cerita 'orang tarik2 beg di Pelabuhan:" juga sudah tiada.

-salam- 9w2eez idzham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan