Rabu, 2 Disember 2009

LIPUTAN JELAJAH KESAN EMPAYAR MELAKA

KISAH LIPUTAN KESAN EMPAYAR MELAKA



PELUANG menyertai misi jelajah kesan2 tanah jajahan empayar Melaka bersama Belia 4B Melaka cukup bermakna.

Apapun catatan ini lambat di update kerana kesuntukan masa. Ini pun teruja untuk mencatat selepas semua foto-foto yang diambil semasa program ditemui semula dalam pc 9m2aur.

Bersama krew ketika itu Badrul dan Kuchai turut membantu Aimil, Herlina sebagai wartawan berita radio turut serta manakala jurukamera Pusat Sumber Melaka, Faisal juga bersama-sama dalam rombongan.




Bermula pada 17 dan berakhir 22 Ogos 2008, banyak bahan yang diperolehi. Dari Melaka menaiki feri Indomal Ekspress menuju ke Dumai. Sebaik sahaja tiba di Dumai, rombong seramai 20 orang di kalangan ahli Belia 4B terus berangkat ke Bukit Batu di dalam tanah jajahan Bengkalis.

Di Bukit Batu liputan berkaitan Laksamana Raja di Laut dan semua krew bermalam di bekas rumah Laksamana Raja Di Laut.



Perjalanan ke Bukit Batu bukanlah melalui jalan berturap seperti di Malaysia tetapi terpaksa meredah jalan dengan batu butih dan ada kalanya melalui jalan tanah merah.

Salah satu kenderaan yang dinaiki mengalami kebocoran tayar selepas kira-kira bergerak sejauh 120 kilometer dari Dumai. Apapun semuanya dapat ditangani melalui kerjasama semua ahli rombongan

Di Bukit Batu kami turut mendengar penjelasan daripada salah seorang pemimpin di sana mengenai Laksamana Raja Di Laut (cerita lanjut dalam tajuk Bukit Batu suatu ketika dulu)

Pada hari ke dua, liputan berterusan dan kali ini kami ke Siak pula, Siak salah satu kerajaan yang cukup terkenal dan ia juga adalah salah satu bekas tanah jajahan kerajaan Melayu Melaka di zaman kegemilangannya. (Cerita lanjut dalam artikel Kerajaan Siak)



Salah satu kebangaan masyarakat Siak sekarag adalah jambatan yang merentasi Sungai Siak, jambatan ini lebih kurang jambatan yang merentasi Sugai Muar. ia menjadi lokasi rekreasi masyarakat di sana.

Selepas Siak liputan diteruskan ke Pelalawan dam seterusnya ke Kampung Pekan Toa, di sinilah ditemui makam Sultan Melaka terakhir iaitu makam Sultan Mahmud. (cerita lanjut dalam artikel Makam Sultan Mahmud)



Untuk sampai ke Pelalawan dan kampung Pekan Toa terpaksa melalui jalan yang berlumpur. Ini kali kedua kita sampai di sini. Kali pertama semasa menyertai rombongan kerajaan negeri dalam program "Bergito".

Kenderaan yang dinaiki tersangkut dan terpaksa menolak beberapa kali untuk bergerak. Bergerak ke Pekan Toa pula menaiki bot yang mengambil masa lebih 1 jam untuk sampai ke lokasi makan sultan mahmud





Dari Pekan Toa selepas bermalam di situ, krew terus mengikuti rombongan ke Pekan Baru, di pekan baru sempat singgah di pejabat konsut msia di Pekan Baru.

Liputan juga di buat di sekitar kawasan bersejarah di Pekan Baru dan kemudiannya bertolak ke Dumai sebelum berangkat pulang ke Melaka selepas seminggu menjelajah bekas tanah jajahan Melaka di Riau.



Sebelum berangkat sempat juga bertemu dalam kunjungan hormat bersama Walikota Dumai. Pertemua juga turut dibuat dengan beberapa pengamal media di Dumai



Jangan lupa terus bersama blog 9w2eez untuk mengetahui lebih lanjut sejarah dan catatan Bekas Empayar Melaka.






-salam- 9w2eez idzham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan