Rabu, 2 Disember 2009

MELAYU BAN KOH YAU

TERUJA mendengar orang Melayu di Pulau Ban Koh Yau, Satun Thailang bertutur, tetapi perlu penumpuan kerana loghat Kedah yang digunakan amat pekat sekali. Bagi kita yang berasal dari Selatan ni memang terpaksa fokus pada setiap bait-bait percakapannya.

Bertemu lebih 1,000 penduduk Melayu Pulau Ban Koh Yau yang juga dikenali sebagai Pulau Panjang memang menyeronokkan, budi bahasa, sopan santun adat resan tidak ubah seperti orang Melayu Malaysia.


Pulau Brasmana

Opsss... sebelum itu, Pulau Ban Koh Yau atau Pulau Panjang ini terletak kira-kira 10 batu nautika dari Kuala Perlis sebelum tiba di pulau itu perlu melalui Pulau Brasmana yang dulunya dikatakan di wilayah Perlis tetapi kini ditadbir oleh kerajaan Thailand.

Sebelum cerita Melayu Ban Koh Yau ini kita teruskan, Pulau Brasmana yang jelas kelihatan dari Kuala Perlis dan Pulau Panjang ini tidak berpenghuni tetapi ada kegiatan menternak burung walet dilakukan.





K, sambung cerita Melayu Ban Koh Yau...
Kunjungan ke pulauini sebenarnya diperkenalkan oleh rakan se aktiviti di Kangar Perlis, allahyarham Azmin.

Pertama kali menjejakkan kali ke pulau ini soalan pertama yang diucapkan bagaimana mereka menjalani kehidupan di lokasi yang serba kekurangan itu. Namun sebaliknya Pulau Panjang mempunyai bekalan elektrik dengan sistem solar.




Cuma bekalan air sahaja yang tiada dan mereka terpaksa mendapatkan air hujan serta perigi untuk kegunaan harian.

Masyarakat Melayu di sini menjalani kehidupan dengan kegiatan ekonomi berkisar pada nelayan dan menoreh getah. ada juga anak muda yang bekerja di Kuala Perlis, Langkawi dan Kuala Kedah selain di bandar Satun Thailand.

Rumah mereka dibina di tebing pantai dan kebanyakkannya di atas air. Pengalaman tidur di rumah penduduk Ban Koh Yau memang menakutkan, sebelum tidur air laut surut tetapi bila tengah malam air naik dan hampir mencecah lantai rumah.

Sejuk bukan kepalang tapi memang menyeronokkan. Tambahan pula penduduknya yang ramah tamah dan sering bersedia serta gembira menyambut tetamu dari luar. Peringatan!!! bagi mereka yang tidak boleh hidup tanpa bekalan air dan elektrik tidak digalakkan ke pulau ini. Pulau ini sesuai untuk mereka yang mahukan cabaran hidup sahaja.



Inilah kesusahan yang dialami dan dilihat sendiri dan syukur pada yang esa kerana Malaysia semakin aman dan pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah.

Makanan pula, masakannya lebih kurang dengan Melayu kita, pedas dan menyelerakan. Kita berkongsi dengan rakan2 membeli ikan ketam udang untuk makan malam.

Alangkah berseleranya bila dapat makan lauk yang dimasak oleh keluarga angkat kami di Pulau itu.

Suatu hari nanti pasti kita akan kembali ke Pulau Ban Kok Yau.

salam.... 9w2eez idzham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan