Selasa, 8 Disember 2009

KG SIALANG - Promo

ASAL USUL KG SIALANG


-POKOK meranti yang dipercayai menjadi sarang lebah sialang-


ANGGAPAN orang ramai nama kampung Sialang berasal daripada peristiwa "Sial burung Helang" sebenarnya tidak tepat dan tidak benar sama sekali.

Melalui paparan dalam rancangan Galeri Nasional pada hari Jumaat 11 Disember di TV1 ternyata fakta sebenar asal usul Kampung Sialang berasal daripada cerita Lebah "Sialang" bersarang dengan begitu banyak di pokok meranti.

Cerita asal usul ini disahkan sendiri oleh bekas Ketua Kampung Sialang, Encik Hassan Ali yang juga penduduk asal dan anak jati Kampung Sialang.

Kampung Sialang kira-kira 5 kilometer dari bandar Tangkak di dalam daerah Ledang bersempadan dengan Kampung Chohong, Negeri Melaka.


-LOKASI di mana berpuncanya kampung Sialang mendapat nama-


-ENCIK ROSILY A HAMID... Guru Besar SK Sialang-


Menurut En Hassan yang pernah menjadi ketua kampung sejak 1945 hingga 1998, Kampung Sialang dipercayai dibuka oleh datuk Bentara Luar. Pada masa itu ada sepohon pokok meranti berhampiran sebatang sungai di kampung terbabit.

Lebah-lebah itu bersarang dengan banyak di pokok tersebut dan lebah berkenaan adalh jenis lebah sialang. Oleh kerana pada ketika itu kampung berkenaan masih belum mempunyai nama maka datuk Bendara Luar menamakannya sebagai kampung Sialang.


-ENCIK HASSAN ALI... bekas ketua kg Sialang-


Terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sialang En Rosily yang telah menemukan krew Galeri Nasional (Idzham Hadi Sidik) dengan bekas Ketua Kampung ini.


-AIMIL 9w2aur ... membantu penggambaran segmen asal usul Kg Sialang-



-IDZHAM HADI SIDIK... Penerbit Rancangan Galeri Nsional TV1-


Sejak daripada peristiwa itu, nama kampung Sialang terus menjadi sebutan dan kekal sehingga kini.

Cerita yang mengaitkan kisah burung helang dengan kampung tersebut hanya cerita dari mulut ke mulut. Sebenarnya kisah itu berlaku selepas kampung Sialang mendapat namanya.

Kisahnya dipercayai berlaku apabila, pada musim padi ada ayam memakan padi di sawah dan burung helang mengambil kesempatan menyambar ayam-ayam yang mencari makan di kawasan sawah padi itu.

Suatu ketika dulu, di kampung ini terdapat sebuah rumah yang mempunyai replika burung helang pada bumbung rumah tersebut. Rumah ini dipanggil rumah helang dan ini juga tiada kena mengena dengan asal usul kampung Sialang.

Menurut En Hassan, rumah helang itu dibina oleh pemiliknya berikutan dia sering berulang alik ke Siak dan mengambil senibina istana Kerajaan Siak yang mempunyai replika helang pada bumbungnya.

Sememangnya istana Siak di Indonesia mempunyai replika helang pada bumubng dan ini sudah dilihat semasa saya ke Siak mengikut program Jelajah Empayar Melaka pada tahun 2007 yang lalu.

Peristiwa ini sekali lagi ditegaskan bukan asal usul kampung Sialang.

salam 9w2eez - idzham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan